Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat

on Tuesday, August 28, 2012


Hiasan
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

Gadis 13 Tahun Hamil Selepas Berenang Di Kolam


WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Hiasan

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.
“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.
“Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.
Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. – Agensi

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!


Hiasan
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Misteri Mumia Menjerit


SEJARAH Mesir purba sememangnya sinonim dengan kewujudan piramid dan firaun. Penyelidikan berterusan yang dijalankan ahli pakar arkeologi negara itu berjaya membongkar pelbagai kisah dalam sejarah keagungan Mesir purba yang mengagumkan.
Ahli sejarah Mesir juga tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kajian firaun bagi mencari jawapan kepada pelbagai misteri yang wujud di sebalik setiap mumia yang ditemui. Satu daripada kajian terbaru dijalankan ke atas mumia yang ditemui pada 1881 dan kini ditempatkan di Muzium Mesir di Kaherah berjaya membantu sekumpulan ahli kaji purba menghimpun sebuah kisah cubaan membunuh, komplot menjatuhkan raja dan bunuh diri.
Analisis mendapati Mumia Mesir yang ditemui dengan wajah yang membayangkan kesakitan amat sangat itu dipercayai mumia Putera Pentewere, suspek yang disyaki merancang pembunuhan ayahandanya, Firaun Ramses III.
Mumia berkenaan dikenali sebagai ‘Mumia Menjerit’ dan ‘Lelaki E Yang Tidak Diketahui’ berikutan rahangnya yang terbuka luas dan wajah kesakitan yang ditunjukkan, membingungkan penyelidik sejak ia ditemui kali pertama dan hinggalah selepas hampir 130 tahun berlalu.
“Kami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya,” kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini.
Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat.
Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen.
‘Mumia Menjerit’ itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan.
“Mereka tidak akan memumiakan putera itu jika mereka membunuhnya, sebaliknya mereka akan menghapuskan mayatnya,” kata Brier, sambil menambah teori bahawa putera itu diracun atau dipaksa meminum racun tidak ditolak.
Satu dokumen papirus yang ditemui menceritakan mengenai satu perbicaraan ke atas permaisuri Firaun Ramses III, yang dijalankan pada abad ke 12 Sebelum Masihi (SM). Beliau didakwa bersubahat membunuh suaminya untuk digantikan dengan Putera Pentewere.
Komplot itu bagaimanapun segera dibongkar dan mereka yang bertanggungjawab dijatuhi hukuman mati.
Putera Pentewere terlepas hukuman mati berikutan kedudukannya sebagai putera raja, sebaliknya beliau dibenarkan membunuh diri dengan meminum racun.
Keadaan Mumia Menjerit menunjukkan kematian berlaku secara tidak hormat dan ia mungkin membayangkan bentuk hukuman yang diterima Pentewere, jika kisah konspirasi itu benar.
“Kami menemui mumia ini dibalut dengan kulit kambing. Bagi orang Mesir purba, kulit kambing bermakna beliau tidak suci. Beliau melakukan sesuatu yang jahat di dalam hidupnya,” kata Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir Dr Zahi Hawass.
“Pentewere mungkin dijatuhi hukuman mati dengan disuruh meminum racun selepas komplot pembunuhan itu berjaya dibongkar,” kata Hawass dan Brier.
Mumia Menjerit juga ditemui tanpa tanda makam dan ini akan menghalangnya daripada sampai kepada kehidupan selepas mati, dipercayai satu lagi hukuman tambahan kepadanya kerana bersubahat dalam cubaan membunuh bapanya sendiri.
Bagaimanapun, Brier berpendapat Pentewere mungkin dimumiakan secara tergesa-gesa kerana otak dan organ dalamannya tidak dikeluarkan, malah mayatnya juga tidak cukup kering. Selain itu kaedah yang digunakan untuk memumiakannya juga amat kasar.
“Selepas otak dikeluarkan, damar akan dimasukkan ke dalam rongga tengkorak, tetapi dalam kes Mumia Menjerit, kajian menunjukkan damar tidak dituangkan ke dalam tenggoroknya. Ia seolah-olah menunjukkan kerja memumiakan Pentewere dilakukan separuh hati atau kerana terdesak,” katanya.
Persoalan timbul mengenai kenapa mayat Pentewere tidak dibuang begitu saja tanpa dimumiakan?
“Seseorang yang berpengaruh mungkin bersimpati dan mahu mayat Pentewere dimumiakan dan tidak dihapuskan begitu saja.
“Atas sebab tertentu, ada pihak yang mahu memastikan Pentewere tidak menemui kehidupan selepas mati dan satu pihak lagi, seseorang yang bersimpati terhadapnya, menentang cubaan itu,” katanya.
Sementara itu, sekumpulan ahli arkeologi lain berkata anggapan Mumia Menjerit adalah Putera Pentewere masih satu spekulasi dan setakat ini hanya ujian imbasan dijalankan ke atas mumianya.
Hawass berkata, beliau bercadang menjalankan ujian DNA untuk mengesahkan hubungan Mumia Menjerit dengan Ramses III.

Kenapa perempuan sekarang suka memakai baju ketat?

on Monday, August 27, 2012



Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.
 

Monyet Tanggal Baju Awek Comel Sehingga ternampak Buah Dada

on Wednesday, August 15, 2012

Gambar ni ditangkap semasa awek ini ingin menangkap gambar dengan monyet jinak. Tiba tiba monyet tu melondehkan baju awek tu dan ternampaklah buah dada awek tu.. Gatal benar Monyet tu 








Gambar Separuh Bogel Lady Gaga

Berpakaian aneh sememangnya menjadi perkara biasa bagi penyanyi Lady Gaga,

Penyanyi lagu Born This Way ini berani tampil tanpa seluar.

Biarpun dilihat sebagai salah satu gaya fesyen, Gaga kelihatan seolah-olah terlupa untuk memakai seluar. Seperti dipetik dailymail, Gaga ketika meninggalkan Fountain Studios di Wembley selepas program X-Factor telah mencuri perhatian orang ramai yang berada di situ. Bagaimanapun, penampilannya bukan sahaja dilihat ganjil malahan tidak bersesuaian dengan cuaca dingin di London. 

Design baru Stokin Pengganti Kasut



Design baru Stokin Pengganti Kasut
 
Stokin Perlindungan Swiss direka tanpa kasut dan selesa untuk jari kaki si pemakai

BERN – Sanggupkah anda berjalan ke luar rumah hanya memakai stokin?

Syarikat Barefoot Swiss iaitu sebuah syarikat pengeluar stokin terkenal Eropah berjaya mengeluarkan sejenis stokin sekukuh kasut biasa.

Stokin yang kelihatan agak unik itu direka dengan kekuatan ultra tapak PVC yang bertindak sebagai pelindung kaki seperti memakai kasut.

Syarikat berpangkalan di Switzerland itu percaya, Stokin Perlindungan Swiss adalah barangan ideal untuk individu yang gemar tidak berkasut dan boleh digunakan dalam aktiviti luar bangunan seperti memanjat dinding batu.

Pemilik Syarikat Barefoot Swiss, Dieter Hesch memberitahu penghasilan stokin yang berharga £45 (RM143) setiap pasang itu mengambil masa bertahun-tahun melibatkan kerja- kerja penyelidikan sebelum mendapat kelulusan pengeluaran.

“Kini kami sedang menghasilkan produk stokin yang membolehkan pengguna memakainya.

(Gambar) Lagi Kes Remaja Bangga Teguk Arak

on Saturday, August 11, 2012



Bermacam-macam masalah sosial yang dihadapi golongan remaja masa kini. Contohnya, kes terbaru remaja ini yang sangat bangga meminum arak dan memuat naik (upload) di akaun Facebook miliknya. 

Kitab suci Al-Quran melarang pengambilan alkohol di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

on Friday, August 10, 2012


Hiasan
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

Hukum Bulu Kucing Di Pakaian Solat

on Wednesday, August 8, 2012


...Assalamualaikum...

Pernah tak korang terfikir apa hukum jika bulu kucing melekat pada pakaian kita ketika kita nak solat? Ataupun kawasan tempat kita nak solat tu bertimbun bulu kucing? Apa kita nak buat kalau bulu banyak kat sekitar tempat kita solat tu?



Apa hukumnya? Sunat?, Makruh?, Haram?

Pernah aku bergaduh dengan kawan aku pasal bulu kucing ni. Macam kelakar pun ada gak bergaduh pasal bulu kucing ni. Last untuk mendamaikan pergaduhan ini kitorang sepakat untuk buat penyelidikan tentang hal ini.

Jadi, aku pun terfikir dan mencari akan kisah yang tragis ini. Inilah hasilnya.




Ini adalah hasil soal jawab aku bersama Uztaz Mohd Al Adib Samuri. Ustaz kat universiti aku.

Lepas tu nak comfirmkan lagi aku pun nak tanye jugak lah kat Ustaz Azhar Idrus pasal ni. Nak tahu jawapan dia sama ataupun tak. Inilah hasilnya.







Ini ada 2 video tentang penerangan bulu kucing kalau melekat kat pakaian solat. Ada banyak lagi. Cukup lah memadai aku bagi sebanyak ini. Yang penting ilmu yang kita peroleh ni dapat kita amalkan sebaiknya.

Ini aku ada sertakan link Hadith pasal kucing ni. Boleh lah baca untuk tambahkan ilmu di dada. Hadith Mengenai Kucing.

Lepas ni aku tak payah lah gaduh lagi pasal bulu kucing melekat kat pakaian solat. Aku boleh bagi penerangan lagi pasal ni.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Nenek Miskin pungut 30 bayi terbiar dari tong sampah!



Lou Xiaoying, seorang nenek berusia 88 tahun yang terlantar lemah di hospital kerana penyakit kegagalan ginjal di sebuah hospital di China. Namun, nenek ini bukan orang biasa, dia istimewa dan seorang yang sangat berhati mulia.
Selama hidupnya, dia dan suaminya, Li Zin yang meninggal dunia 17 tahun lalu telah mengambil 30 anak terbiar dari tong sampah dan jalanan walaupun dia hidup dalam kemiskinan. Dia hanya seorang tukang pungut sampah yang mengitar semula sampah sebagai sumber mata pencarian.

Bayi-bayi dan anak-anak malang yang dia temui dijaga dengan baik. Walaupun nenek ini hanya mempertahankan empat daripada kesemua anak itu namun suami isteri ini memberi 26 anak yang lain kepada rakan atau keluarga asuh yang mampu. Anak terakhir yang dijumpai nenek ini ketika dia berusia 82 tahun ialah seorang budak lelaki (kini berumur tujuh tahun) dari tempat buang sampah. Dia menamakan budak itu Zhang Qilin, yang bermakna ”rare and precious.” Anak-anak nenek ini yang sudah dewasa menolong menjaga Zhang Qilin ketika ini.

Kebaikan nenek ini bermula pada tahun 1972 apabila dia menemukan seorang bayi perempuan di atas longgokan sampah. Lou, yang memiliki satu anak kandung perempuan, Zhang Caiying (49), bertekad mengabdikan hidupnya untuk menjaga bayi-bayi yang dibuang sehingga akhir hayatnya.

Gambar Neelofa Berkemban di Habib Jewels Diamond 2012

on Tuesday, August 7, 2012



Siapa tak kenal Neelofa jangan duduk Malaysialah, dia nie artis paling hot dan digilai oleh remaja dan lelaki lelaki perasan kacak diluar sana. Barangkali apa sahaja penampilan yang dibuat oleh Neelofa pastinya akan mendapat perhatian dari peminat semua. 




Hari nie G.A.M nak kongsi penampilan Neelofa di Festival Habib Jewels Diamond 2012 pada April lalu.. Nasib baik bukan bulan puasa :) ... 

Gadis cantik ini memang tidak dapat dipisahkan dengan barangan perhiasa terutamanya bergelar emas dan berlian. Mungkin 2 perkara ini Neelofa anggap berkemban di kawasan terbuka sudah menjadi perkara biasa buatnya hahahahah...




Walauapa pun cemuhan yang bakal diterima, pada G.A.M Neelofa memang anggun dan cun, untung siapa yang bakal menjadi suami nya nanti.. yela dah lah cantik anggun plak tu pandai bergaya huh, semua lengkap lah.... yang penting HOT!!

Seks Menurut Kacamata Islam


    

Seks adalah satu keperluan bagi manusia, namun seks juga sebenarnya menghidangkan ‘cabaran’ bagi kita kerana bertitik-tolak dari situlah, lahirkan pelbagai kemungkaran kesan daripada kegagalan kita mengawal nafsu yang bersarang di hati dan sanubari.

“Di antara kamu akulah yang paling takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku salat dan tidur, dan aku beristeri. Orang yang menafikan sunnahku itu bukanlah daripada golonganku.” – Maksud hadis riwayat Bukhari dan periwayat yang lain.

PERIHAL mengawal hubungan seks sering diperingatkan dalam al-Quran. Allah swt telah membinasakan umat Nabi Lut as kerana tabiat seks sumbang. Namun, Nabi Muhammad saw mengingatkan kaum lelaki agar beristeri demi menikmati seks halal. Orang yang hidup tanpa isteri dianggap tidak menurut sunnah (ajaran) Nabi saw.

Mengapakah Islam menyuruh hubungan seks secara terkawal iaitu menerusi pernikahan? Hari ini pula, terbit penyakit Aids (sindrom kurang daya melawan penyakit) yang disebarkan menerusi hubungan seks, pemindahan darah dan penggunaan suntikan. Tentulah ada hikmah di sebalik wujudnya Aids – sebagai suatu peringatan kepada kita agar betul-betul waspada akan zina atau pelacuran dan penagihan dadah.

Dalam laporan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), perhambaan seks berlaku di negara-negara miskin, yang antaranya penduduk majoritinya Islam. Sering soal kemiskinan dianggap punca anak perempuan di jual kepada rangkaian pelacuran. Namun di negara maju, hubungan seks tanpa batas juga berlaku. Seks bebas bukan saja sebagai bahan niaga yang mudah mendatangkan keuntungan besar, malah ada yang menjadikannya sebagai hobi dalam bertukar-tukar pasangan.

Bagi umat Islam, imejnya akan terhina apabila masalah seks bebas ini semakin berkembang dan membabitkan ramai orang.

* BENCANA SILAM
Masalah seks sebenarnya bukanlah masalah baru. Ia masalah kuno yang sudah berakar dari mulai manusia ini diciptakan, cuma manusia yang menyalahgunakan masalah seks ini ke arah negatif. Kalau kita merujuk kepada agama Samawi, seperti Yahudi, Nasrani dan Islam juga agama besar lainnya tidak satu pun ajaran ini yang membenarkan kebebasan seks. Kerosakan moral dalam pandangan Islam lebih banyak terarah kepada masalah seks, walaupun Islam sangat memandang berat masalah lain seperti judi, riba, penganiayaan dan lain-lain.

Namun, kesan daripada kebebasan seks jauh lebih berbahaya. Kita mesti mengakui banyak terjadi kebocoran rahsia negara disebabkan oleh masalah seks. Firaun hancur disebabkan masalah seks, Napoleon runtuh berpunca daripada seks, Nazi hancur kerana skandal seks, raja-raja Islam hilang kuasanya kerana mainan wanita. Dan banyak lagi hal serupa yang difirmankan Allah dalam al-Quran. Seks bebas bukan saja menghancurkan penyakit dan virus berbahaya yang sulit disembuhkan.

* PERANAN IBU BAPA
Islam sebagai agama yang sempurna dan memberi asas kepada pelbagai huraian masalah yang muncul. Sejak manusia hidup di bumi, orang tua diarahkan oleh Islam agar memelihara anak-anaknya daripada penyalahgunaan seks. Orang tua dituntut mendidik anaknya ke arah yang positif, termasuk memberikan tuntutan seks yang benar, sebab itu masalah seks yang terjadi antara ayah dengan ibu tidak boleh diketahui dan dilihat oleh mereka.

Ibu bapa mestilah bersifat terbuka kepada anak-anak dan diwajibkan menjelaskan masalah seks ini secara benar agar mereka boleh menyalurkannya menurut tuntutan yang ditentukan Islam. Masyarakat Islam mestilah memahami bahawa masalah seks mempunyai nilai yang suci dan tinggi dalam Islam. Islam menghormati seks sebagai suatu hak asasi yang mesti disalurkan, tetapi penyaluran itu hendaklah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah.

Perkahwinan yang betul adalah penyaluran yang sangat patut dan sesuai untuk umat manusia. Dengan perkahwinan yang didasari oleh falsafah yang tinggi, penyaluran seks secara benar dapat terlaksana. Apabila umat Islam mengerti tuntutan agamanya yang berkaitan dengan seks, maka seks itu akan mempunyai nilai yang tinggi, manusia akan mendapatkan kepuasan yang paling puncak, sehingga tidak akan muncul suatu pemikiran yang negatif di kalangan umat Islam untuk manyalurkan nafsunya.

* POLIGAMI
Barangkali seseorang lelaki ada yang mempunyai nafsu yang tinggi, yang memerlukan penyaluran yang lebih. Allah juga membuka jalan untuk berpoligami, asal sesuai dengan asas dan falsafah poligami yang ditentukan Allah:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinlah wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih kepada tidak berbuat aniaya.” (An-Nisa’:3)

Islam memberi peluang yang sangat romantis dalam penyaluran seks ini. Hal ini bertujuan agar moral manusia sentiasa terpelihara.
Ini pulalah yang membezakan manusia dengan binatang. – (al-Quran, S.7:179).

Tiada agama di dunia yang lebih tegas mengakui keinginan semula jadi manusia sebagai keinginan yang sihat dan bersih.
“Manusia digemarkan dengan kecintaan memuaskan keinginan kepada wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, ternakan dan sawah ladang. Itulah keseronokan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” – (Surah Ali Imran:14).

Dalam ayat ini Allah menyebutkan seluruh kegiatan hidup yang menyeronokkan dan mengakuinya sebagai keinginan yang realistik dan digemari manusia atau sebagai keinginan yang sihat yang pada dasarnya tidak di sangkal dan dikecam sama sekali. Yang tidak diizinkan Islam ialah hanyutnya manusia dalam arus keinginan itu, sehingga mereka terkongkong menjadi hambanya. 
Sumber: Berita Harian Singapura

Top 5 Hacker Paling Bahaya Didunia!


1) Jonathan James
James terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara untuk kesalahan hacking. Beliau dijatuhi hukuman pada usia 16 tahun. Dalam satu wawancara PBS , dia mengaku, “Saya hanya mencari keseronokan dan bermain-main. Apa yang menyeronokkan bagi saya adalah satu cabaran untuk melihat apa yang saya boleh lakukan.”
Pencerobohan utama James disasarkan organisasi yang berprofil tinggi. Beliau memasang backdoor ke dalam pelayan Pengurangan Ancaman Agensi Pertahanan. DTRA disebuah agensi Jabatan Pertahanan yang dikenakan dengan mengurangkan ancaman kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dari senjata nuklear, biologi, kimia, konvensional dan khas. Backdoor diciptakan untuk membolehkan beliau  melihat emel sensitif dan mencuri  nama pengguna dan kata laluan pekerja.

James juga menghacking komputer NASA,  dan mencuri perisian bernilai kira-kira $ 1700000. Menurut Jabatan Kehakiman, “perisian yang  menyokong persekitaran fizikal International Space Station, termasuk kawalan suhu dan kelembapan di dalam ruang tamu.” NASA terpaksa menutup sistem komputer, akhirnya kerugian sebanyak $ 41,000. James menjelaskan bahawa beliau menurunkan  kod  itu untuk menambah kajian beliau tentang C programming , tetapi menegaskan, “Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai $ 1.7 juta seperti yang didakwa.”

2) Adrian Lamo

Lamo menghacking organisasi-organisasi utama seperti The New York Times dan Microsoft. Digelar “penggodam tiada tempat tinggal,” Dia menggunakan sambungan Internet di, kedai kopi dan perpustakaan untuk menghacking.
Pencerobohan lamo menguji  penembusan sekuriti, di mana beliau mendapati kelemahan dalam keselamatan, mengeksploitasi mereka dalam sekuriti maklumat syarikat terdapat kelemahan. Beliau menghacking termasuklah Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular.. Lamo juga menggodam akaun LexisNexis Times menyelidik perkara berprofil tinggi.
Pencerobohan di The New York Times, Lamo telah diarahkan membayar kira-kira $ 65,000 . Beliau juga telah dihukum  perintah berkurung selama 6 bulan dan dua tahun membuat kerja amal, yang tamat 16 Januari, 2007. Lamo kini bekerja sebagai wartawan yang memenangi anugerah dan wakil suara rakyat.

3) Kevin Mitnick
Mengelarkan diri sebagai “ ”hacker poster boy,”” Mitnick adalah “jenayah komputer yang paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat. Eksploitasi beliau telah diperincikan dalam dua filem: Freedom Downtime dan Takedown.
Mitnick mempunyai sedikit pengalaman hacking sebelum melakukan kesalahan yang membuatkan beliau terkenal. Beliau memulakan mengeksploitasi sistem kad perakam waktu Los Angeles bas untuk mendapatkan keuntungan bebas.

Kemudian, seperti pengasas bersama Apple, Steve Wozniak yang menceburkan diri dalam bidang phreaking telefon. Walaupun terdapat pelbagai kesalahan, Mitnick akhirnya disabitkan kesalahan kerana menghacking ke dalam rangkaian komputer Digital Equipment Corporation dan mencuri perisian.  Beliau kemudianya menggodam pakar komputer dan komputer rakan hackingnya Tsutomu Shimomura, yang membawa kepada penangkapannya.
Hari ini, Mitnick telah telah memainkan peranan sebagai penggodam topi hitam dan menjadi ahli masyarakat yang produktif., dan kini keselamatan komputer perunding, penulis dan speaker.

4) Mark Abene

Mark Abene (lahir 1972), lebih dikenali dengan nama samaran Optik Phiber beliau, adalah seorang penggodam komputer keselamatan dari New York City. Phiber Optik juga pernah menjadi ahli Kumpulan Hacker Legion of Doom dan Sarjana Penipuan. Pada tahun 1994, beliau berkhidmat hukuman satu tahun penjara untuk konspirasi dan akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer dan telefon.

Phiber Optik adalah seorang penggodam yang berprofil tinggi pada awal tahun 1990-an, yang terdapat dalam The New York Times, Harper, Esquire, dalam debat dan di televisyen. Phiber Optik adalah seorang tokoh penting dalam tahun 1995 buku Sarjana bukan fiksyen Penipuan – Geng yang Diperintah ruang siber.

5)Michael Calce

Hacker komputer yang dikenali sebagai “Mafiaboy,” dia telah yang melumpuhkan beberapa laman-laman Internet utama termasuk CNN, di hadapkan ke  mahkamah pada 18, ​​Jan 2001 di Montreal, Kanada. Dia mengaku bersalah didalam 55 tuduhan hacking.
 
© Hiburan Remaja All Rights Reserved
Get smart with the MyHiburanz from Thesis 2013.