Design baru Stokin Pengganti Kasut
Stokin Perlindungan Swiss direka tanpa kasut dan selesa untuk jari kaki si pemakai
BERN – Sanggupkah anda berjalan ke luar rumah hanya memakai stokin?
Syarikat Barefoot Swiss iaitu sebuah syarikat pengeluar stokin terkenal Eropah berjaya mengeluarkan sejenis stokin sekukuh kasut biasa.
Stokin yang kelihatan agak unik itu direka dengan kekuatan ultra tapak PVC yang bertindak sebagai pelindung kaki seperti memakai kasut.
Syarikat berpangkalan di Switzerland itu percaya, Stokin Perlindungan Swiss adalah barangan ideal untuk individu yang gemar tidak berkasut dan boleh digunakan dalam aktiviti luar bangunan seperti memanjat dinding batu.
Pemilik Syarikat Barefoot Swiss, Dieter Hesch memberitahu penghasilan stokin yang berharga £45 (RM143) setiap pasang itu mengambil masa bertahun-tahun melibatkan kerja- kerja penyelidikan sebelum mendapat kelulusan pengeluaran.
“Kini kami sedang menghasilkan produk stokin yang membolehkan pengguna memakainya.