Gambar Nakal Miley Cyrus Tersebar Di Internet

on Monday, August 6, 2012



Gambar nakal (bogel) Aktres Hollywood terkenal, Miley Cyrus yang diambil khas untuk tatapan tunangnya, Liam Hemsworth dilaporkan telah bocor (tersebar) ke internet. Foto bogel berkenaan diambil di dalam kolam mandi oleh jurugambar Vijat Mohindra.

Gambar berkenaan yang didakwa diambil tahun lalu ketika Cyrus berusia 18 tahun pertama kali disiarkan dalam blog Life of The Rich and Famous.

Mohindra dan Cyrus merupakan rakan baik dan lelaki berkenaan pernah mendokumentasikan gambar untuk penyanyi berkenaan ketika jelajah musim panas tahun lalu.

“Gambar itu hanya untuk tatapan Liam seorang sahaja namun kini ia berada dalam laman web Mohindra,’’ lapor blog tersebut.

Dalam pada itu, Liam dilaporkan begitu marah dengan paparan gambar berkenaan dan tidak senang duduk ketika berada di set penggambaran filem terbarunya Paranoia.

“Cyrus benar-benar menyebabkan Liam marah.

“Ketika menjalani penggambaran di Philadelphia, Cyrus yang menemaninya mempunyai program tersendiri termasuk membeli belah dan merawat kuku.

“Namun ketika Cyrus mengajak Liam supaya menghabiskan masa di sebuah bar, pelakon berkenaan tidak melayannya.’’ kata sumber.

Liam turut meminta Cyrus pulang ke rumah kerana dia ingin menumpukan perhatian terhadap lakonannya itu.

Ranking: 5
 
© Hiburan Remaja All Rights Reserved
Get smart with the MyHiburanz from Thesis 2013.