Tips Menangani Boyfriend Pervert

on Friday, August 3, 2012

Assalamualaikum...!!

Percaya atau tidak, manusia species lelaki pervert ini memang wujud di sekeliling kita. Pernah dengar cerita pasal lelaki yang suka berdiri rapat dan bergesel-gesel dengan perempuan dekat tren? Haaa.. itu satu.
Sesetengah lelaki pervert tidaklah terlampau berani untuk menunjukkan ke-pervert-an mereka kat public, takut muka masuk facebook gambar yang ada amaran tue. Namun, mereka lebih suka untuk meletakkan target mereka ke atas girlfriend mereka saja. Aku belum lagi pernah dengar orang buat sexual harrasment kat emak atau makcik atau nenek sendiri. Dan belum juga aku dengar dalam suatu pasangan tue, si girlfriend plak yang pervert, si lelaki plak yang harrasted.
Huhuhuhu..

Jadi, di sini aku nak share beberapa tips untuk menangani boyfriend pervert neh.

"Break Up Jer Lah"
Kalau balak a.k.a boyfriend korang dah start jadi pervert, break up jer lah ngan dia. Kerana jika mereka berani untuk naik ke level pervert, maka logically mereka amat berpotensi untuk naik ke level seterusnya iaitu "toucher" atau peraba. 
So, sebelum diorang naik ke level seterusnya ala-ala game tetris gitu, tinggalkan jer dia. Biar dia cari girlfriend lagi yang boleh di-pervert sesuka hati.
Easy to say, hard to be done. Percaya atau tidak, kebanyakan wanita kalau dah sayang sesorang, diorang memang akan sayang forever. Berapa ramai wanita yang dah patah riuk jadi mangsa keganasan rumah tangga tapi sibuk tanak cerai sebab sayang laki depa? Tolong cover lagi ada laa...

Tak Suka! Tak Suka!
Jikalau anda memang sayang boyfriend anda, mungkin kerana dia hensem tough perfect minus pervert, maka anda mesti memberitahu kat dia yang anda amatlah tak suka langsung dengan perangainya yang pervert itu. Jangan nak berselindung-selindung sebab nanti dia ingat korang memang syok tiap kali belang dia keluar.
Jadi, beritahu dengan terang, jelas dan nyata (Izhar) yang korang memang tak suka!
Korang boleh cakap macam nie
"I hate pervert and you are a pervert which means that I hate you.
So, don't be a pervert because I like a guy which is not pervert so that I don't hate you. "
Hantar Gambar Ayah
Kalau si boyfriend anda masih kekal dengan perangai pervert dia sebab dia dah agak korang takkan tinggalkan dia, sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
Kalau si dia meminta gambar-gambar seksimu bak kata Aliff Aziz, hantar jer gambar ayah anda. Ataupun gambar Tok Kadi kampung anda.
Mesti dia sentap seribu bahasa, di hati ku bergetar sejuta rasa bak kata Nera. Kalau dia insist nak gambar yang kurang kain, korang reply text dia macam nie,
"sekejap ek, nak suruh my dad tue bukak baju"
mesti dia terus insaf seribu bahasa, di hati ku bergetar sejuta rasa sekali lagi.
Jangan hantar bebetul plak gambar seksi ayah anda, sebab mungkin boyfriend anda akan muntah darah dengan banyaknya sehingga kelihatan macam aneroxia models...

Minta Nasihat Pakar. 
Kalau anda masih blank apa nak buat, anda boleh mintak nasihat pakar. Pakar yang paling dekat ialah ayah anda atau ibu anda. Ketika bertanya pendapat, make sure anda buat muka yang super-innocent pastu baru cakap,
"ayah, __(isi nama balak anda)___ suruh hantar gambar **^&%^$%$ kat dia.. tataw la nak hatar ke tak... hmmm..."
Kalau ayah@ibu anda tiba-tiba membuntangkan mata 3 kali ganda saiz mata asal, segera beredar dari situ. Anda juga mungkin akan dengar bunyi macam ada orang kena sosah kek luar, dan bila anda keluar, kelihatan balak anda terkulai berdarah-darah di ruang tamu.

Amaran : Jangan tanya tanpa muka innocent, kerana nanti bukan dia tapi anda yang akan dicop sebagai bitchy dan ekau yang akan kono sosah dek omak ekau...

Banyakkan Hantar Hadith Atau Ayat Al-Quran Buat Renungan
Jika tak berkesan dia si dia masih tegar untuk mendapatkan cinta body anda, banyakkan hantar hadith-hadith atau ayat Al-Qur'an sebagai renungan. Bukan apa, lelaki juga adalah manusia yang sering lupa dan perlu diingatkan.
Sekiranya dia kata di tidak suka dengan tindakan anda, sila suruh dia blah dan datang balik bila dah ready nak kahwin dengan anda.
Kalau dia berkeras kononnya mandi tak kenyang sebab takleh minum (puasa) makan tak basah sebab lupa letak kuah, sila ignore.

Change Your Body Into Weapon
Jika anda rasa yang boyfriend anda yang pervert itu tak akan merogol anda (direct gila ayat), anda salah. Kerana, kebanyakan kes rogol, mangsa tak kenal pun dengan perogol tue. Apatah lagi balak anda yang pervert tue.
Jadi, kalau boleh kurangkan lepak dengan beliau.
Jadi, jika anda tidak mampu untuk resist ajakan dia untuk gi dating, naik kereta dia, or lepak umah dia sebab anda amat amat menchentai dia seluruh jiwa raga, anda boleh lah start amek kelas martial art.
Kalau anda pemalas, anda boleh take up Silat Cekak.
Aku belajar silat cekak dan diorang asek cakap yang silat nie amat sesuai dengan wanita sebab menjaga kesopanan wanita. Memang betul pun. Sebab no terkangkang-kangkang atau melompat-lompat,okay. Jadi, anda boleh freely berlawan sambil memakai long skirt mahupun maxie dress (aku pun tataw ape kejadahnya maxie tue, pernah dengar ja). Still can be a fashionista, right?

Redefine "Pervert"
Kalau anda betul-betul chenta mati sama itu pervert, dan tak boleh nak buat apa-apa dah, well this is maybe the last resort. Bagaimana? Adalah dengan redefining the word.
Mengikut Dictionary.com, pervert bermaksud "a person who practises sexual perversion "
Well, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengubah cara anda define the word. Mungkin anda boleh tengok cermin sambil cakap "pervert itu adalah orang baik budi pekerti dan bersopan santun" beratus-ratus juta kali sampai mindset anda tentang pervert ka-ching!berubah!
Secara automatiknya, anda akan merasakan bahawa boyfie anda bukan lagi seorang pervert (walaupun dok hantar mesej lucah setiap 20saat).
It may helps...or it may not...huhuhuhu

Amaran : Jika menggunakan cara nie, anda mungkin terkejut kenapa boyfie anda yang "sudah tidak pervert kononnya" itu meraba anda. Maybe korang boleh redefine istilah kelakuan lucah lain jugak. Hmmm... like that may help..uuhuh

Itu saja tips yang boleh aku kongsikan kepada korang. Aku tak pernah ada boyfriend pervert sebab aku lelaki. Dan ini semua berdasarkan logika akal aku yang tengah pening sebab selesema sejak semalam tak baik-baik.


Papepun, bercinta berpada-pada, jangan sampai diri merana.

Huhuhu

Dearest,
Razil....

P/S : Ada ker perempuan pervert?
Ranking: 5
 
© Hiburan Remaja All Rights Reserved
Get smart with the MyHiburanz from Thesis 2013.