Sedang kita dihebahkan dengan berita-berita dan beberapa spekulasi huru hara besar akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan yang secara kebetulan jatuh pada hari jumaat pada tahun 2012. Kita digemparkan pula dengan kejadian suara aneh dari langit yang sangat kuat dan menggerunkan yang berlaku pada 11 dan 12 Januari lepas di negara kita sendiri iaitu di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan meluas dari seluruh dunia.
Suara tu dikatakan didengar oleh beberapa penduduk di Samarahan pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh. Suara ini seolah-olah bunyi dengkuran kuat dan ada juga mendakwa seperti bunyi seseorang bernafas menyebabkan penduduk terjaga dari tidur.
Ada juga dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi dari langit tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, namun dakwaan itu dinafikan penduduk kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.
Ikuti rakaman video yang dirakam pada hari kedua 12 Januari 2012 di Kota Samarahan, Sarawak dibawah:
Sebenarnya, bunyi yang serupa juga pernah dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse (Amerika) pada 12 Mei 2011, Kiev (Ukraine) pada 11 Ogos 2011, Aaborg (Denmark) pada 16 September 2011, Budapest (Hungary), Moscow (Rusia), Cichago (US), Sweden, Czeh Republic, Conklin (Canada) dan paling terkini di London (UK) pada 17 januari 2012. - boleh cari di YouTube
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh dari langit telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar selagi kebenaran belum di buktikan.
Terdapat juga beberapa hadis-hadis akhir zaman dan kitab-kitab dari ulama islam yang menyatakan perihal suara dari langit (suara para malaikat) yang mengaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.
Salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H – 974H).
Keterangan Daripada Para Sahabat RA
Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin
Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini.
Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami yang datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.
Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.
*** sebarkanlah jika ianya bermanfaat agar timbul kesedaran di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa akan hampirnya akhir zaman. Wallahualam...
Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2012/01/suara-aneh-dari-langit-berlaku-seluruh.html#ixzz22SC5zz8D