Mungkin Ramadhan terakhir

on Thursday, August 2, 2012

Alhamdulillah, sudah masuk ke fasa pertengahan bulan Ramadhan. Masih belum cukup rasanya merebut nikmat ganjaran dan keberkatan di bulan yang mulia ni. Sedar tak sedar, ini adalah tahun Ramadhan yang ke-9 saya sambut tanpa arwah mak di sisi.. Kenangan bersamanya makin menerjah fikiran kebelakangan ini.

Apabila saya disahkan oleh doktor mempunyai suatu ketumbuhan di salah satu bahagian badan, sukar bagi saya untuk mengatakan yang saya gembira. Tapi saya juga tidak sedih. Pada saya, itulah ujian Allah; tanda sayangnya Dia kepada saya. Mungkin saya terlalu leka dan alpa dengan dunia, ditimpa hal yang sebegini membuatkan saya lebih berhati-hati dengan apa yang saya lakukan dan tuturkan. Saya enggan mencipta lebih banyak hal berkait dosa, memikirkan entah bila masanya saya meninggalkan dunia. Nampakkan nikmat ujian di situ?

Bagaimanapun, saya tidaklah duduk saja mengenangkan betapa bahagia hidup dengan peringatan daripada Allah yang menandakan bahawa Dia masih sayangkan saya dan inginkan saya kembali ke jalan keredhaanNya. Saya juga masih berubat secara tradisional dengan seseorang yang diyakini kepakarannya. FYI, saya rasa jika saya tidak ditimpa hal yang sebegini, selamanya saya tidak akan memakan sirih dalam usaha memulihkannya. Ya Allah, saya pun tak tahu nak klasifikasikan rasa sirih itu bagaimana, hanya saya, mereka dan keluarga mereka yang pernah makan saja mengetahuinya... saya rasa, inilah kali pertama dan terakhir untuk saya makan sirih tu. Huhu.. 


Selepas ini, apa yang boleh saya lakukan adalah dengan pantang makanan, nampaknya saya terpaksa melupakan makanan kegemaran saya iaitu chicken chop dan chicken grilled memandangkan makanan seperti ini tidak baik untuk tubuh badan, tambahan lagi bagi orang seperti saya yang berisiko mendapat kanser. Dalam erti kata lain, bagi mencegah kehadiran kanser, makanan seperti daging/ayam adalah pilihan terakhir bagi individu. Jadi apa yang boleh dilakukan untuk menggantikan menu daging/ayam adalah dengan memperbanyakkan sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, kembang kol, bayam dll serta; jangan malas untuk makan ikan.

Abah juga menurunkan tips untuk diamalkan iaitu membaca Al-Fatihah 3 kali selepas setiap kali solat fardhu dengan niat menyedekahkannya kepada setiap anggota badan, begitu juga membaca kalimah syahadah sebelum minum air, dengan niat mengislamkan segala jenis penyakit yang ada dalam tubuh badan. Wallahualam..
Ranking: 5
 
© Hiburan Remaja All Rights Reserved
Get smart with the MyHiburanz from Thesis 2013.